Perkembangan
industri batik yang mengalakkan di samping reka bentuk fesyennya yang bermutu
telah menyemarakkan penggunaan batik masa kini. Batik ialah jenis tekstil yang
dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Dahulu, corak batik
berbentuk titik titik. Corak corak itu berubah mengikut masa malah kini boleh direka
menggunakan kaedah komputer. Corak- corak yang dilukis itu bermotifkan bunga - bungaan,
alam dan binatang serta bentuk geometri. Batik salah satu daripada cabang seni
yang menunjukkan kehalusan budaya dan kesenian orang Melayu. Antara jenis batik
yang dihasilkan ialah batik canting, batik blok atau terap dan batik skrin atau
sutera saring.
KEGUNAAN BATIK
Penemuan
teknologi terkini dalam perusahaan batik telah meningkatkan pengeluaran dan
seterusnya mempelbagaikan kegunaannya. Batik
bukan lagi terhad kepada pakaian, tapi juga sesuai diperluaskan sebagai
alat kelengkapan rumah, pelbagai hiasan dalaman dan sesuai dijadikan sebagai
hadiah cenderamata yang cantik dan eksklusif.
MOTIF - Inspirasi
Motif
-motif dalam rekaan batik diinspirasikan daripada alam semula jadi yang
berhubung kait dengan kehidupan seharian. Pereka -pereka batik menggubah
bentuk- bentuk flora, fauna, abstrak dan geometri menjadi reka corak batik yang
indah dan menarik.
Batik Canting
Batik
canting atau dikenali juga sebagai batik lukis. Proses membuat batik canting
bermula dengan meregang sehelai kain pada pemidang. Canting yang berisi
campuran lilin cair dilakar di atas kain dengan reka corak bebas. Lakaran ini
kemudiannya diwarna mengikut kesesuaian reka corak.
Selain
daripada kain kapas, pengeluar batik juga menggunakan kain sutera, rayon, voile
dan lain-lain yang bersesuaian. Motif berunsurkan alam semula jadi dan geometri
bebas sering menjadi pilihan dalam reka corak batik canting. Pengusaha lelaki
lebih mendominasi pengeluaran batik blok manakala bagi batik canting lebih
banyak melibatkan pengusaha wanita.
Batik
canting amat sesuai dijadikan sebagai pakaian wanita dan lelaki untuk menghadiri
majlis rasmi ataupun pakaian untuk bersantai seperti pareo, kaftan dan skaf.
Kini batik canting yang dilukis halus juga dijadikan sebagai item untuk hiasan
dalaman.Kombinasi penggunaan teknik tradisional dan kontemporari dalam
pengeluaran batik canting dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antara
bangsa. Batik canting kini dijadikan sebagai kelengkapan rumah serta perhiasan
dalaman yang cantik dan menarik
PERALATAN ASAS MEMBUAT BATIK
CANTING
1. Canting -alat yang
diperbuat daripada tembaga dijadi bekas lilin cair untuk melukis corak
(mencanting) pada kain.Mata canting pula terdapat dalam ukuran kecil,sederhana
dan besar. Canting bermata kecil digunakan untuk melukis corak halus dan kecil
seperti titik, canting sederhana untuk melukis bunga atau corak dan canting
mata besar digunakan untuk melukis corak yang kasar dan besar.
Kepala canting boleh didapati dalam
beberapa bentuk seperti bentuk periuk, burung dan kasut.
2. Lilin digunakan untuk
menggariskan corak dan mengasing atau menghalang warna - warna pada reka corak
bercampur di antara satu sama lain.Lilin putih lebih mudah retak manakala lilin
kuning atau lilin lebah lebih tahan lasak.
3. Damar –bahan yang
dimasukkan ke dalam cairan lilin yang digunakan semasa mencanting.
4. Minyak masak dicampur
ke dalamlilin untuk memudahkan pengaliran lilin semasa proses mencanting
dilakukan. Minyak juga akan menghalang lorekan lilin yang telah dicanting pada
reka corak kain daripada patah atau retak.
5. Warna Merah, biru,
kuning dan kadang -kadang hitam adalah warna -
warna asas yang digunakan semasa mewarna
batik canting.Bahan pewarna yang biasa digunakan seperti remazol dan premazin
6. Kain Putih -kain
putih yang biasa digunakan dari jenis kain kapas. Kini batik yang dibuat
menggunakan kain sutera, satin, jacquard, crepe, cambric dan lain-lain lagi
semakin digemari.
TEKNIK MEMBUAT BATIK CANTING.
1.
Sehelai kain putih direntang dan ditegangkan pada
pemidang.Selepas itu motif dan dan reka corak batik dilakarkan dengan pensil di
atas permukaan kain terlebih dahulu. Bagaimanapun untuk pencanting mahir, tidak
perlu membuat lakaran pensil.
2.
Lilin
dan damar dipanaskan dalam periuk sehingga cair
3.
Canting berisi lilin cair kemudiannya digunakan untuk
melakar motif atau reka corak di atas permukaan kain putih. Lakaran lilin yang
telah dibuat akan menghalang bahan pewarna daripada meresap atau bercampur terutama
semasa proses mewarna corak dilakukan.
4.
Warna - warna pilihan disapu pada motif atau reka corak
batik mengikut cita rasa dan daya kreativiti pembuat batik. Kain yang telah
siap diwarnakan akan dibiarkan sehingga kering.
5.
Setelah kering, kain direndamkan ke dalam cecair ‘sodium
silicate’ selama sekurang - kurangnya 8 jam untuk mengekalkan warnanya.
Kemudian kain ini
akan dicuci dengan air bersih.Kain kemudiannya direbus di dalam air panas yang
dicampur dengan sedikit ‘soda ash’ untuk menanggalkan kesan lilin pada kain.
6.
Kain dicuci dan dibilas di dalam air biasa sebelum dijemur
sehingga kering di tempat redup dan berangin.
.