Saturday, 9 September 2017

Produk shawl tudung batik lukis & ikat celup hasil kerja cikwie.

Selendang batik kain kasa usahasama dengan maira trading.

Selendang batik kain kasa.
Selendang batik kain kasa.




Tudung bawal kain kasa..usahasama bersama pearl haya.


Shawl tie & dye (ikat celup 








Pengenalan Batik Lukis

PENGENALAN
Perkembangan industri batik yang mengalakkan di samping reka bentuk fesyennya yang bermutu telah menyemarakkan penggunaan batik masa kini. Batik ialah jenis tekstil yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Dahulu, corak batik berbentuk titik titik. Corak corak itu berubah mengikut masa malah kini boleh direka menggunakan kaedah komputer. Corak- corak yang dilukis itu bermotifkan bunga - bungaan, alam dan binatang serta bentuk geometri. Batik salah satu daripada cabang seni yang menunjukkan kehalusan budaya dan kesenian orang Melayu. Antara jenis batik yang dihasilkan ialah batik canting, batik blok atau terap dan batik skrin atau sutera saring.

KEGUNAAN BATIK
Penemuan teknologi terkini dalam perusahaan batik telah meningkatkan pengeluaran dan seterusnya mempelbagaikan kegunaannya. Batik  bukan lagi terhad kepada pakaian, tapi juga sesuai diperluaskan sebagai alat kelengkapan rumah, pelbagai hiasan dalaman dan sesuai dijadikan sebagai hadiah cenderamata yang cantik dan eksklusif.

MOTIF - Inspirasi
Motif -motif dalam rekaan batik diinspirasikan daripada alam semula jadi yang berhubung kait dengan kehidupan seharian. Pereka -pereka batik menggubah bentuk- bentuk flora, fauna, abstrak dan geometri menjadi reka corak batik yang indah dan menarik.

Batik Canting
Batik canting atau dikenali juga sebagai batik lukis. Proses membuat batik canting bermula dengan meregang sehelai kain pada pemidang. Canting yang berisi campuran lilin cair dilakar di atas kain dengan reka corak bebas. Lakaran ini kemudiannya diwarna mengikut kesesuaian reka corak.

Selain daripada kain kapas, pengeluar batik juga menggunakan kain sutera, rayon, voile dan lain-lain yang bersesuaian. Motif berunsurkan alam semula jadi dan geometri bebas sering menjadi pilihan dalam reka corak batik canting. Pengusaha lelaki lebih mendominasi pengeluaran batik blok manakala bagi batik canting lebih banyak melibatkan pengusaha wanita.
Batik canting amat sesuai dijadikan sebagai pakaian wanita dan lelaki untuk menghadiri majlis rasmi ataupun pakaian untuk bersantai seperti pareo, kaftan dan skaf. Kini batik canting yang dilukis halus juga dijadikan sebagai item untuk hiasan dalaman.Kombinasi penggunaan teknik tradisional dan kontemporari dalam pengeluaran batik canting dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antara bangsa. Batik canting kini dijadikan sebagai kelengkapan rumah serta perhiasan dalaman yang cantik dan menarik

PERALATAN ASAS MEMBUAT BATIK CANTING

1.   Canting -alat yang diperbuat daripada tembaga dijadi bekas lilin cair untuk melukis corak (mencanting) pada kain.Mata canting pula terdapat dalam ukuran kecil,sederhana dan besar. Canting bermata kecil digunakan untuk melukis corak halus dan kecil seperti titik, canting sederhana untuk melukis bunga atau corak dan canting mata besar digunakan untuk melukis corak yang kasar dan besar.
Kepala canting boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti bentuk periuk, burung dan kasut.
2.   Lilin digunakan untuk menggariskan corak dan mengasing atau menghalang warna - warna pada reka corak bercampur di antara satu sama lain.Lilin putih lebih mudah retak manakala lilin kuning atau lilin lebah lebih tahan lasak.
3.   Damar –bahan yang dimasukkan ke dalam cairan lilin yang digunakan semasa mencanting.
4.   Minyak masak dicampur ke dalamlilin untuk memudahkan pengaliran lilin semasa proses mencanting dilakukan. Minyak juga akan menghalang lorekan lilin yang telah dicanting pada reka corak kain daripada patah atau retak.
5.   Warna Merah, biru, kuning dan kadang -kadang hitam adalah warna -
warna asas yang digunakan semasa mewarna batik canting.Bahan pewarna yang biasa digunakan seperti remazol dan premazin
6.   Kain Putih -kain putih yang biasa digunakan dari jenis kain kapas. Kini batik yang dibuat menggunakan kain sutera, satin, jacquard, crepe, cambric dan lain-lain lagi semakin digemari.

TEKNIK MEMBUAT BATIK CANTING.
1.   Sehelai kain putih direntang dan ditegangkan pada pemidang.Selepas itu motif dan dan reka corak batik dilakarkan dengan pensil di atas permukaan kain terlebih dahulu. Bagaimanapun untuk pencanting mahir, tidak perlu membuat lakaran pensil.


2.   Lilin dan damar dipanaskan dalam periuk sehingga cair
                                      
3.   Canting berisi lilin cair kemudiannya digunakan untuk melakar motif atau reka corak di atas permukaan kain putih. Lakaran lilin yang telah dibuat akan menghalang bahan pewarna daripada meresap atau bercampur terutama semasa proses mewarna corak dilakukan.
4.   Warna - warna pilihan disapu pada motif atau reka corak batik mengikut cita rasa dan daya kreativiti pembuat batik. Kain yang telah siap diwarnakan akan dibiarkan sehingga kering.
5.   Setelah kering, kain direndamkan ke dalam cecair ‘sodium silicate’ selama sekurang - kurangnya 8 jam untuk mengekalkan warnanya.
Kemudian kain ini akan dicuci dengan air bersih.Kain kemudiannya direbus di dalam air panas yang dicampur dengan sedikit ‘soda ash’ untuk menanggalkan kesan lilin pada kain.
6.   Kain dicuci dan dibilas di dalam air biasa sebelum dijemur sehingga kering di tempat redup dan berangin.

Tuesday, 18 October 2016

Sejarah batik

SEJARAH:
Telah wujud sejak 2000 tahun dahulu
Abad ke-7 : Jepun dan China
Abad ke-15 : Tanah Melayu
1920-an : teknik terap menggunakan blok kayu yang
dicelup dalam pewarna
1930-an : perusahaan batik bermula di Terengganu dan   Kelantan
Selepas Perang Dunia Ke-2 : berkembang pesat menjadi   industri
Kini : telah menembusi pasaran dunia

JENIS-JENIS BATIK
a.  Batik Tulis / Lukis
b.  Batik Skrin
c.  Batik Pelangi
d.  Batik Blok

BATIK TULIS / LUKIS
Teristimewa; batik dan coraknya hanya dihasilkan sekali
Menggunakan canting untuk melakar lilin di atas kain
Corak motif berdasarkan kreativiti pelukis dan permintaan
Kadangkala menggunakan berus untuk menyapu lilin di atas kain

BATIK SKRIN
Berasal dari negara Thai
Dipraktikkan di Kelantan pada kurun ke-20
Kaedah penghasilan mirip kepada percetakan sutera saring yang memerlukan pemidang dan sekuji
Pasaran meluas; boleh menghasilkan bilangan batik yang banyak dengan corak dan motif yang sama
Penghasilan yang lebih mudah

BATIK PELANGI
Dihasilkan tanpa menggunakan lilin
Diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi sewaktu zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793-1808)
Digunakan sebagai tudung dan selempang terutamanya dayang dan inang istana
Tidak sukar dihasilkan; guna teknik ikat dan celup

BATIK BLOK
Dikenali juga batik terap
Menggunakan blok kayu atau tembaga yang telah diukir / dipahat coraknya
Dapat menghasilkan bilangan yang banyak
Lebih banyak menghasilkan kain sarong atau kain pakaian seragam
Sesuai untuk industri besar

BAHAN UTAMA
Pewarna (remazol/primazin)
Soda ash
Sodium silikat (fixer)
Rosin (damar)
Parafin (lilin putih)


BATIK TULIS / LUKIS
Canting / djanting
Berus
Dapur
Nebeng / periuk
Pemidang

 Canting : peralatan untuk Batik Lukis










BATIK SKRIN
Skrin / pemidang kayu
Sekuji













Saturday, 15 October 2016

batik masih bersamaku 2016

Assalamualaikum...

Hai semua .2016 cikwie masih bergelumang dengan batik lagi.Masih seakan mimpi blog lama cik-wie@blogspot.com masih digunapakai oleh orang diluar sana bila mencari maklumat tentang batik.Maaf saya telah lama tidak mengemaskini blog itu .Tidad berjaya untuk log in pun ya juga hiiii..
Tapi saya rasa terharu bila mana ilmu dan info saya share boleh membantu mereka diluar sana tidak kira guru atau pelajar.Apa pun insyallah saya akan cuba buat pengisian info batik yang sebanyak mungkin dalam blog ini.Terima kasih semua..